Friday, January 10, 2014

MAKLUMAT HARI KOPERASI SEKOLAH (HKS) 2014

Makluman kepada semua PK Kokurikulum Pulau Pinang

Sila Muatturun slide Maklumat taklimat hari Koperasi Sekolah 2014 yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat ANGKASA bersama Ketua Unit Kokurikulum pada 18-19 Dis 2013


Thursday, December 19, 2013

Penilaian 10& Markah Kokurikulum Sebagai Syarat Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Sesi 2014/2015 Bagi Calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2013

Semua Penolong Kanan Sekolah Menengah Pulau Pinang

Adalah dimaklumkan bahawa kemasukan markah penilaian kokurikulum calon-calon SPM, STPM dan STAM 2013 ke Bahagian Pengurusan Maklumat KPM secara online bermula 20 Disember 2013 dan tarikh akhir serahan ialah pada 31 Januari 2014. 

Pastikan markah CGPA selama 5 tahun (2009 hingga 2013) bagi calon SPM dan markah CGPA selama 3 tahun (2011 hingga 2013) bagi calon STPM dan STAM telah diambilkira sebagai syarat kemasukan ke IPTA 2014/2015. 

Semua permohonan perubahan markah selepas tarikh 31 Januari 2014 hanya boleh dikemukakan oleh Pengetua kepada Pengarah JPN dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian untuk dipertimbangkan.

Sebarang perubahan selepas keputusan rasmi SPM, STPM dan STAM tidak akan dipertimbangkan.

Aplikasi Markah Kokurikulum 10%
Surat Siaran KPM Jld 3 (13)
Lampiran 1.1 (Contoh Pengiraan CGPA)
Lampiran 2 (Isu/Perkara Berbangkit)
Lampiran 3 (Carta Gantt)


Tuesday, September 17, 2013

TAKLIMAT PK KOKU SM PENANG 17 SEPT 2013

Salam Sejahtera, sila klik perkara berikut untuk tindakan tuan/puan PK Koku SM P.Pinang:-
1. RIMUP & INOVASI
2. SENARAI KELOMPOK RIMUP SM PENANG 2013 (Bagi sekolah yang belum menghantar salinan akaun kerajaan kepada Unit Koku sila bertindak segera kerana kami perlu maklumkan kepada Unit Akaun untuk salurkan ke akaun tuan-tuan jumlah seperti tertera dalam pecahan kelompok 2013 Penang)
3. Taklimat Koku Akademik Sains, Math & Teknologi (En.Shamsir)
4. Sesi Soal Jawab - SPK Bil.8 2010: Garis Panduan Pengurusan Kewangan - sila rujuk Bab A-Bahagian IV BKK, Bab D-Pelarasan dan Bab F-Baki bawa ke hadapan (cth kiraan No.3 BKK), semua ini tidak jadi masalah sekiranya peruntukan habis dibelanja tahun semasa. sila rujuk PT Kewangan/KPT.
by Unit Koku JPPP & PPD Penang 2013.

Tuesday, August 6, 2013

KUTIPAN DATA PERUNTUKAN & DATA KEHADIRAN MURID AKTIVITI KOKURIKULUM 2013

Kepada Pegawai Kokurikulum PPD dan PK Koku Sekolah-sekolah Pulau Pinang,
Bahagian Kokurikulum & Kesenian, KPM akan mengemaskini data peruntukan kewangan dan data kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum di sekolah bagi tahun 2013. Sehubungan itu, tuan diminta membantu untuk mengumpul data bagi melicinkan proses pelaporan kepada KPPM. Tarikh akhir kutipan adalah mengikut turutan berikut:-
1. Laporan dari Sekolah ke PPD sebelum 31 Oktober 2013.
2. Laporan dari PPD ke JPN sebelum 30 November 2013.
Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Data Kokurikulum tersebut untuk Sekolah dan Borang Data Kokurikulum untuk PPD. Sebarang pertanyaan sila hubungi Hj.Azman Lot di talian 04-5757640 atau pegawai-pegawai kokurikulum daerah masing-masing. Sila patuhi tarikh ini. Terima kasih. 

Wednesday, June 12, 2013

Anugerah Inovasi Negara 2013

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mempelawa semua untuk menyertai Anugerah Inovasi yang bertujuan untuk memberi pengikhtirafan kepada hasil inovasi dan kreativiti yang mencetuskan idea, ciptaan dan produk baru dalam bidang sains dan teknologi serta memberi sumbangan besar dalam pembangunan ekonomi negara. Borang dan syarat permohonan boleh dimuat turun dari laman sesawang www.mosti.gov.my .Sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Wan Manshol atau Puan Fairuz Faisal, Agensi Nuklear Malaysia di talian 03-89112000 atau email ke ain2013@mosti.gov.my . Tarikh tutup sebelum atau pada 5 Julai 2013 jam 5.00 pm.

Monday, June 10, 2013

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

Anugerah Kokurikulum Kebangsaan diadakan pada November 2013 di Perlis. Pencalonan peringkat negeri dibuat melalui PPD masing-masing (Sektor Kemanusiaan / Kokurikulum). Anugerah ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid, guru, pentadbir sekolah dan Pusat Kokurikulum yang cemerlang dalam kegiatan kokurikulum dalam tahun yang dinilai. Borang dan panduan anugerah berdasarkan kategori boleh didapati dengan klik di sini. Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai kokurikulum di PPD & JPN.
PENDIDIKAN P.PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA