Friday, December 16, 2011

PENGISIAN MARKAH KOKURIKULUM KEMASUKAN KE IPTA 2012

Perhatian untuk semua Penolong Kanan Kokurikulum SM/MRSM/Swasta: Kemasukan Markah Kokurikulum secara online ke dalam Aplikasi Penilaian 10% Markah Kokurikulum Kemasukan ke IPTA 2012 boleh dibuat mulai 20 Disember 2011 hingga 31 Januari 2012 - Rujuk Surat Siaran KPM bertarikh 19 Disember 2011 (sila klik). Selain daripada tempoh masa yang lebih diberikan, terdapat perubahan dalam manual pengguna di mana aplikasi ini telah dinaiktarafkan untuk kemudahan anda, sila teliti (bersama guru data sekolah anda, jika kurang arif). Untuk layari Aplikasi [rujuk Manual Pengguna Sekolah (klik di sini)]. Tuan/Puan boleh juga memuat turun Lampiran 1 dan Lampiran 2: Perkara Berbangkit 2011 di ruangan Muat Turun. Sekian, harap maklum. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Hj.Azman Lot di talian 019-4100002 / 04-5757640 ext 119 atau En.Abdul Said bin Hussain; Pen.PPD TL di talian 019-4568383.

Tuesday, November 8, 2011

FESTIVAL KESENIAN & KEBUDAYAAN TURKI 2012

Kepada sekolah yang berminat sila pastikan tindakan segera diambil 3-4 bulan lebih awal dari tarikh program-program yang disenaraikan (klik disini) , dengan memaklumkan kepada En.Mohd Hasli (012-4288557 / 04-5757640) Unit Koku, JPN dengan rujukan kepada PPD masing-masing. Sebarang kemusykilan, sila hubungi En.Shamsudin bin Redza, BKK KPM di emel samredza@gmail.com atau 03-88841016 / 012-9054669. Makluman lanjut, sila klik di sini.

Monday, August 15, 2011

Pertandingan Kelab 3P 2011

Program untuk ahli kelab pelancongan sekolah menengah yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia:
Sila klik di sini untuk mendapatkan Terma/Syarat, Kertas Konsep (Aturcara/Senarai Keperluan), Borang A(untuk difaks ke Pejabat Kementerian Pelancongan 04-2631020 sebelum 22 Ogos 2011) dan Borang B (dibawa semasa pendaftaran). Antara akviti selain Pidato adalah Semi-Survival kerjasama ATM dan aktiviti Kembara Malam. Peserta mestilah sihat dan tidak mengalami asma atau alahan yang kronik. Sila hubungi Puan Nuraini / Cik Nurul di talian 04-2620202 atau En.Azizan Ismail (04-2630042) untuk keterangan lanjut.

Tuesday, August 9, 2011

Data Penglibatan Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum Tahun 2011

Kepada Semua Pen.PPD , Pegawai Kokurikulum PPD dan Semua PK Kokurikulum Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan Seluruh Negeri Pulau Pinang,
Adalah dimaklumkan bahawa BKK, KPM sedang mengemaskinikan data penglibatan murid dalam Pasukan Badan Beruniform, Kelab & Persatuan serta Kelab Sukan dan Permainan bagi tahun 2011 atas permintaan jemaah menteri dan Y.Bhg.Dato' KPPM.
Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang. Semua maklumat hendaklah dihantar dalam bentuk 'softcopy' dan 'hardcopy' mengikut turutan Sekolah ke PPD masing-masing.
Sila patuhi tarikh penghantaran mengikut turutan berikut:-
1. Sekolah ke PPD (up Kokurikulum) pada atau sebelum 30 September 2011 (Jumaat).
2. data dari PPD ke JPN (up Unit Kokurikulum) pada atau sebelum 15 Oktober 2011.
3. data dari JPN ke Bahagian Kokurikulum & Kesenian, KPM pada atau sebelum 31 Oktober 2011.
Sebarang kemusykilan, sila hubungi Hj.Azman Lot di talian 04-2630042 / 019-4100002. Kerjasama tuan amatlah diharapkan dan dihargai. Sekian, terima kasih.

Tuesday, June 28, 2011

PEMATUHAN KEPADA SEMUA SURAT PEKELILING, SURAT SIARAN DAN BUKU PANDUAN YANG SEDANG BERKUATKUASA DALAM MELAKSANAKAN KEGIATAN KOKURIKULUM

Semua pihak harus menitikberatkan aspek keselamatan dan kebajikan murid-murid ketika melaksanakan kegiatan kokurikulum dengan memastikan segala peraturan dan garis panduan pelaksanaan kegiatan kokurikulum dipatuhi. Sebarang kegagalan dalam mematuhi peraturan tersebut akan mengundang kejadian yang tidak diingini dan ini perlu dielakkan. Surat Pemberitahuan daripada Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran , Ruj.Fail: KP.BKK.200 Jld.2(77) bertarikh 23 Mei 2011 dapat dimuat turun di sini.

PEKELILING IKHTISAS KOKURIKULUM BILANGAN 2 TAHUN 2011

PENUBUHAN PERSATUAN AGAMA BUKAN ISLAM DI SEKOLAH-SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN.
SPI BIL.2/2011 ini membatalkan SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.20/2000 (PANDUAN PENUBUHAN PERSATUAN AGAMA BUKAN ISLAM DI SEKOLAH-SEKOLAH) bertarikh 16 Disember 2000.

Wednesday, June 15, 2011

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2011

Kepada semua Pengetua, Guru Besar dan PPD Negeri Pulau Pinang, Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2011 akan diadakan di Sarawak pada bulan November 2011. Kerjasama tuan dipohon untuk mencalonkan mereka yang layak untuk menerima anugerah ini dengan mengisi borang yang berkaitan. Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang serta Panduan mengikut kategori berkaitan. Semua borang yang lengkap perlu sampai ke PPD masing-masing (u/p: Pegawai Kokurikulum) pada atau sebelum 1 Ogos 2011 bagi membeolehkan pihak PPD mengambil tindakan selanjutnya. Semua borang yang dihantar hendaklah disertakan bersama bukti sesuatu pencapaian atau penglibatan dalam bentuk salinan sijil atau surat yang telah diperolehi bagi memudahkan pihak panel membuat penilaian. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ketua Unit Kokurikulum atau pun pegawai di jabatan ini; Hj.Azman Lot di talian 04-2630042.

Monday, May 9, 2011

PERMOHONAN SECARA ONLINE KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI 2012

Unit Pengurusan Sekolah Seni, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK), KPM dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM sedang melaksanakan 'e-SSeM' sistem permohonan secara online ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia (SSeM) untuk Sesi Persekolahan 2012. Permohonan dibuka dari 9 Mei 2011 hingga 27 Jun 2011. Sila klik di bawah ini untuk mendapatkan :-
1. Panduan Mengisi Permohonan Secara Online.
2. Borang Permohonan ke SSeM.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi En.Mohd Hasli bin Mat Hasan, Unit Kokurikulum JPN di talian 012-4288557 / 04-2630042.

Friday, May 6, 2011

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU 1M1S

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian , KPM selaku Jawatankuasa Pertandingan Mencipta Lagu 1M1S (1 Murid 1 Sukan) menjemput semua pegawai/pensyarah/guru/pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan ini. Sila klik di sini untuk mendapatkan Syarat-syarat serta Borang Pertandingan. Tarikh tutup penyertaan: 23 Mei 2011.

Monday, February 28, 2011

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI SAINS DAN KEJURUTERAAN KEBAGSAAN 2011 (INTEL-ISEF 2011)

Bahagian Kokurikulum & Kesenian,KPM akan menganjurkan Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi 2011 untuk pelajar-pelajar sekolah menengah bagi mencungkil bakat-bakat rekacipta dan inovasi dalam bidang sains & teknologi. Setiap penyertaan mestilah mengandungi Borang Pendaftaran, Kertas Cadangan Projek / Laporan Projek / Abstrak dan perlulah dihantar dalam dua salinan dalam bentuk soft copy & hard copy sebelum 29 April 2011 ke Unit Kokurikulum JPN. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En.Shamsir Jemain, Pen.Pengarah Unit Koku JPNPP di talian 04-2630042 / 012-428 7811. Sila klik untuk dapatkan Syarat dan Borang Pertandingan.

Friday, February 11, 2011

BENGKEL INKUIRI GURU 2011 ANJURAN PETROSAINS SDN BHD

Petrosains Sdn Bhd akan menganjurkan Bengkel Inkuiri Guru 2011 bagi guru-guru sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang. Bengkel yang akan diadakan pada 1 dan 3 Mac 2011 di Safira Club, Seberang Jaya ini berkisar kepada kaedah pembelajaran secara inkuiri. Modul latihan adalah berdasarkan modul yang diperoleh daripada Exploratium, San Francisco dan dikendalikan oleh penyampai yang terlatih.
Tempat yang disediakan adalah terhad dan guru-guru yang berminat dipohon untuk melengkapkan borang yang dilampirkan (sila klik). Borang yang telah dilengkapkan perlu difaks ke pihak urusetia sebelum 22 Februari 2011 melalui talian 03-2331 1212.
Sebarang pertanyaan, tuan boleh menghubungi Pegawai Petrosains, En Mohd Shafiq (017-3355 313) atau Penolong Pengarah Kokurikulum, En Shamsir Jemain (04-263 0042 samb 117 / 012-428 7811).
PENDIDIKAN P.PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA