Sunday, December 19, 2010

PENILAIAN MARKAH KOKURKULUM KEMASUKAN KE IPTA 2011

Perhatian untuk semua Guru Penolong Kanan Kokurikulum SM: Kemasukan Markah Kokurikulum ke dalam Aplikasi Penilaian 10% Markah Kokurikulum Kemasukan ke IPTA 2011 boleh dibuat mulai 15 Disember 2010 hingga 15 Januari 2011. Sila layari Aplikasi [rujuk Manual Pengguna (klik di sini)] dan Surat Siaran KPM bertarikh 1 Disember 2010 (sila klik di sini). Tuan/Puan boleh memuat turun Contoh Pengiraan dan Perkara Berbangkit 2010 di ruangan Muat Turun. Sekian, terima kasih.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Hj.Azman Lot di talian 019-4100002 / 04-2630042 atau En.Abdul Said bin Hussain di talian 019-4568383.

Tuesday, September 7, 2010

Data Peruntukan Kokurikulum Bagi Tahun 2010

KPM sedang mengemaskini data peruntukan kokurikulum yang diberikan ke sekolah dan negeri. Pengumpulan data mengikut proses seperti berikut:-
1. Laporan dari sekolah ke PPD - 31 Oktober 2010
2. Laporan dari PPD ke JPN - 30 November 2010
3. Laporan dari negeri ke BSSK, KPM - 21 Disember 2010
Mohon PK Koku akur dengan tarikh ini. Sebarang kemusykilan sila hubungi Hj.Azman Lot di talian 04-2630042.

Monday, July 19, 2010

ANUGERAH KOKURIKULUM 2010

Permohonan bagi Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan pelbagai kategori bagi tahun 2010 sedang dibuka sekarang. Pencalonan terbuka kepada warga pendidikan dan sekolah seluruh Pulau Pinang. Borang dan Panduan Pencalonan boleh dimuat turun di sini. Sila lengkapkan borang mengikut kategori dan hantar ke PPD masing-masing (u/p: Pegawai Kokurikulum) sebelum 5 Ogos 2010. Hubungi En.Azman Lot atau En.Mohd Jamil Othman; Ketua Unit Kokurikulum JPN di talian 04-2630042 untuk keterangan lanjut.

Tuesday, June 22, 2010

Pertandingan Inovasi Peringkat Negeri 2010: Piala Pengarah Pelajaran Pulau Pinang

Terbuka kepada semua pelajar SMK/SMKA/SMJK/SABK/SK/SJKC/SJKT Pulau Pinang. Borang Penyertaan dan Huraian Projek perlu dikembalikan sebelum 10 Julai 2010 kepada En.Shamsir Jemain melalui emel : sham_7811@yahoo.com seperti tertera dalam Syarat dan Borang Penyertaan (sila klik).

Friday, May 21, 2010

Pengambilan Jurulatih Seni Gred 29 - 44

Hebahan pengambilan Pegawai Perkhidmatan Awam untuk berkhidmat sebagai Jurulatih Seni Gred 29 -44 (Jawatan Terbuka) di Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru, Johor dan Sekolah Seni Malaysia Kuching, Sarawak mulai Julai 2010 hingg 2011.
Borang lengkap (Borang Permohonan, Lampiran L, L1 dan Surat Setuju Terima Perlantikan) hendaklah diserahkan ke Unit Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, JPN. Sila klik sini untuk mendapatkan borang.

Monday, May 10, 2010

Pertandingan Kokurikulum Muzik Sekolah-sekolah Pulau Pinang

Tuan/Puan,
Sila muatturun maklumat dan syarat-syarat Pertandingan Kokurikulum Muzik bagi tahun 2010.

Thursday, February 18, 2010

Aktiviti Penemuan Sains Playsmart Petrosains 2010

Tuan/puan,

Pihak Petrosains Playsmart telah membuka sebuah pusat penemuan sains mini yang terletak di Stesen Servis Petronas, Lebuhraya Butterworth-Kulim, Seberang Jaya. Pusat ini dilengkapi dengan pelbagai bahan pameran dan aktiviti interaktif yang menarik dan berasaskan konsep sains yang mudah dipelajari. Kerjasama tuan/puan dipohon untuk memaklumkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah tuan/puan tentang pusat tersebut. Bersama makluman ini disertakan maklumat ringkas program dan borang tempahan sekiranya sekolah tuan berminat untuk mengadakan program bersama Petrosains Playsmart atau lawatan ke pusat tersebut. Untuk makluman tuan semua program adalah percuma. Sebarang pertanyaan berkaitan sila hubungi Fasilitator Petrosains Playsmart, Cik Rabaah Abdul Rashid di talian 04-3978846 atau 016-2334864.

Wednesday, February 10, 2010

Anugerah Pendidikan Sains Toray 2010 (Sekolah Menengah)

Pihak Toray Malaysia Group / Penfabric Sdn Bhd di bawah Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) akan menganjurkan Anugerah Pendidikan Sains Toray 2010 untuk guru-guru Sains sekolah menengah. Pertimbangan untuk anugerah ini adalah inovasi pendidikan sains seperti teknik pengajaran dan pembelajaran yang inovatif dan berkesan, bahan bantu mengajar yang inovatif dan berkesan dan permainan pendidikan sains yang dapat membantu penyampaian ilmu sains dengan lebih menarik dan berkesan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.mtsf.org. Sebarang pertanyaan berkaitan boleh dirujuk terus kepada:
Malaysia Toray Science Foundation (MTSF)c/o Toray Malaysia Group / Penfabric Sdn BhdBlok B, Prai Free Industrial Zone 113600 Prai, Pulau PinangTel: 04-390 8157 / 04-385 4151 Fakf: 04-390 8260
Tarikh Tutup ialah pada 31 Mei 2010

Friday, January 29, 2010

Pertandingan Inovasi Intel ISEF 2010

KPM menganjurkan Pertandingan Inovasi Sains & Kejuruteraan untuk pelajar Sekolah Menengah. Sila rujuk syarat-syarat pertandingan dalam ruangan muat turun pertandingan. Hantar Borang Penyertaan dan Buku Projek ke Unit Kokurikulum, JPN sebelum 15 April 2010.

Sebarang Pertanyaan, sila hubungi En.Shamsir Jemain di talian 04-5398859.

Monday, January 4, 2010

Penghantaran Markah 10% Koku ke IPTA 2010

Bagi sekolah menengah yang terlibat sahaja:-
Tarikh Akhir Penghantaran Markah secara online: sebelum 15 Januari 2010
Hantar ke BSSK, KPM secara online, klik sini
dan sesalinan ke JPN (u/p: Ketua Unit Koku - softcopy & hardcopy)
Sebarang pertanyaan, sila hubungi En.Azman Lot di talian 04-5398859 / 019-4100002.
PENDIDIKAN P.PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA