Thursday, January 19, 2012

Taekwondo Malaysia Sebagai Wakil Tunggal WTF di Malaysia

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Sukan Negara Malaysia mengikhtiraf Taekwondo Malaysia (WTF) sebagai badan induk dan wakil tunggal World Taekwondo Federation (WTF) di Malaysia. Sehubungan itu, segala aktiviti taekwondo WTF adalah di bawah pentadbiran Taekwondo Malaysia (WTF). Sila klik di sini untuk mendapatkan surat pengesahan tersebut.

Wednesday, January 11, 2012

Taklimat Pengurusan Kokurikulum SM 2012

Taklimat Pengurusan Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Pulau Pinang:
1. Sekolah Menengah Bahagian Pulau - pada 16 Januari 2012 (Isnin) jam 1.45pm-5.00pm di Bilik Kuliah MBS, Jalan Ayer Itam, Pulau Pinang - [En.Abdul Rashid bin Shamsudin; PPDTL(019-4111123). ]
2. Sekolah Menengah sebelah Seberang Perai - pada 19 Januari 2012 (Khamis) jam 1.45pm-5.00pm di Dewan Seminar PPD Utara, Kepala Batas - [En.Zairolnizam Zakaria / En.Zulkurnain Hussain; PPDU (04-5757285).]
Sila pastikan Penolong Kanan Kokurikulum yang hadir membawa sesalinan Lampiran 1 - Markah Kokurikulum.
Sebarang kemusykilan, sila hubungi Hj.Azman Lot; Unit Kokurikulum atau pegawai-pegawai seperti nama di atas. Terima kasih.
PENDIDIKAN P.PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA