Tuesday, February 21, 2012

KARNIVAL KERJAYA 1 MINDEF

Kementerian Pertahanan Malaysia akan menganjurkan Karnival Kerjaya 1 Mindef Siri 4/2012
bertempat di Padang Kota Lama, P.Pinang

Tarikh/Masa: 25 Feb 2012 (Sabtu) jam 9.00am - 10.00pm
& pada 26 Februari 2012 (Ahad) jam 9.00am-5.00pm
(Masuk adalah Percuma)

Karnival ini diadakan untuk menarik perhatian rakyat mengenali lebih jelas fungsi serta tanggungjawab Angakatan Tentera Malaysia menjaga keamanan Negara. Karnival ini juga bertujuan mendedahkan para pelajar peluang-peluang kerjaya di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Harapan semoga tuan/puan dapat menghebahkan mengenai Karnival ini kepada warga sekolah agar dapat membangkitkan semangat patriotism di kalangan generasi muda.

Thursday, January 19, 2012

Taekwondo Malaysia Sebagai Wakil Tunggal WTF di Malaysia

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Sukan Negara Malaysia mengikhtiraf Taekwondo Malaysia (WTF) sebagai badan induk dan wakil tunggal World Taekwondo Federation (WTF) di Malaysia. Sehubungan itu, segala aktiviti taekwondo WTF adalah di bawah pentadbiran Taekwondo Malaysia (WTF). Sila klik di sini untuk mendapatkan surat pengesahan tersebut.

Wednesday, January 11, 2012

Taklimat Pengurusan Kokurikulum SM 2012

Taklimat Pengurusan Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Pulau Pinang:
1. Sekolah Menengah Bahagian Pulau - pada 16 Januari 2012 (Isnin) jam 1.45pm-5.00pm di Bilik Kuliah MBS, Jalan Ayer Itam, Pulau Pinang - [En.Abdul Rashid bin Shamsudin; PPDTL(019-4111123). ]
2. Sekolah Menengah sebelah Seberang Perai - pada 19 Januari 2012 (Khamis) jam 1.45pm-5.00pm di Dewan Seminar PPD Utara, Kepala Batas - [En.Zairolnizam Zakaria / En.Zulkurnain Hussain; PPDU (04-5757285).]
Sila pastikan Penolong Kanan Kokurikulum yang hadir membawa sesalinan Lampiran 1 - Markah Kokurikulum.
Sebarang kemusykilan, sila hubungi Hj.Azman Lot; Unit Kokurikulum atau pegawai-pegawai seperti nama di atas. Terima kasih.

Friday, December 16, 2011

PENGISIAN MARKAH KOKURIKULUM KEMASUKAN KE IPTA 2012

Perhatian untuk semua Penolong Kanan Kokurikulum SM/MRSM/Swasta: Kemasukan Markah Kokurikulum secara online ke dalam Aplikasi Penilaian 10% Markah Kokurikulum Kemasukan ke IPTA 2012 boleh dibuat mulai 20 Disember 2011 hingga 31 Januari 2012 - Rujuk Surat Siaran KPM bertarikh 19 Disember 2011 (sila klik). Selain daripada tempoh masa yang lebih diberikan, terdapat perubahan dalam manual pengguna di mana aplikasi ini telah dinaiktarafkan untuk kemudahan anda, sila teliti (bersama guru data sekolah anda, jika kurang arif). Untuk layari Aplikasi [rujuk Manual Pengguna Sekolah (klik di sini)]. Tuan/Puan boleh juga memuat turun Lampiran 1 dan Lampiran 2: Perkara Berbangkit 2011 di ruangan Muat Turun. Sekian, harap maklum. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Hj.Azman Lot di talian 019-4100002 / 04-5757640 ext 119 atau En.Abdul Said bin Hussain; Pen.PPD TL di talian 019-4568383.

Tuesday, November 8, 2011

FESTIVAL KESENIAN & KEBUDAYAAN TURKI 2012

Kepada sekolah yang berminat sila pastikan tindakan segera diambil 3-4 bulan lebih awal dari tarikh program-program yang disenaraikan (klik disini) , dengan memaklumkan kepada En.Mohd Hasli (012-4288557 / 04-5757640) Unit Koku, JPN dengan rujukan kepada PPD masing-masing. Sebarang kemusykilan, sila hubungi En.Shamsudin bin Redza, BKK KPM di emel samredza@gmail.com atau 03-88841016 / 012-9054669. Makluman lanjut, sila klik di sini.

Monday, August 15, 2011

Pertandingan Kelab 3P 2011

Program untuk ahli kelab pelancongan sekolah menengah yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia:
Sila klik di sini untuk mendapatkan Terma/Syarat, Kertas Konsep (Aturcara/Senarai Keperluan), Borang A(untuk difaks ke Pejabat Kementerian Pelancongan 04-2631020 sebelum 22 Ogos 2011) dan Borang B (dibawa semasa pendaftaran). Antara akviti selain Pidato adalah Semi-Survival kerjasama ATM dan aktiviti Kembara Malam. Peserta mestilah sihat dan tidak mengalami asma atau alahan yang kronik. Sila hubungi Puan Nuraini / Cik Nurul di talian 04-2620202 atau En.Azizan Ismail (04-2630042) untuk keterangan lanjut.

Tuesday, August 9, 2011

Data Penglibatan Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum Tahun 2011

Kepada Semua Pen.PPD , Pegawai Kokurikulum PPD dan Semua PK Kokurikulum Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan Seluruh Negeri Pulau Pinang,
Adalah dimaklumkan bahawa BKK, KPM sedang mengemaskinikan data penglibatan murid dalam Pasukan Badan Beruniform, Kelab & Persatuan serta Kelab Sukan dan Permainan bagi tahun 2011 atas permintaan jemaah menteri dan Y.Bhg.Dato' KPPM.
Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang. Semua maklumat hendaklah dihantar dalam bentuk 'softcopy' dan 'hardcopy' mengikut turutan Sekolah ke PPD masing-masing.
Sila patuhi tarikh penghantaran mengikut turutan berikut:-
1. Sekolah ke PPD (up Kokurikulum) pada atau sebelum 30 September 2011 (Jumaat).
2. data dari PPD ke JPN (up Unit Kokurikulum) pada atau sebelum 15 Oktober 2011.
3. data dari JPN ke Bahagian Kokurikulum & Kesenian, KPM pada atau sebelum 31 Oktober 2011.
Sebarang kemusykilan, sila hubungi Hj.Azman Lot di talian 04-2630042 / 019-4100002. Kerjasama tuan amatlah diharapkan dan dihargai. Sekian, terima kasih.
PENDIDIKAN P.PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA