Monday, August 15, 2011

Pertandingan Kelab 3P 2011

Program untuk ahli kelab pelancongan sekolah menengah yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia:
Sila klik di sini untuk mendapatkan Terma/Syarat, Kertas Konsep (Aturcara/Senarai Keperluan), Borang A(untuk difaks ke Pejabat Kementerian Pelancongan 04-2631020 sebelum 22 Ogos 2011) dan Borang B (dibawa semasa pendaftaran). Antara akviti selain Pidato adalah Semi-Survival kerjasama ATM dan aktiviti Kembara Malam. Peserta mestilah sihat dan tidak mengalami asma atau alahan yang kronik. Sila hubungi Puan Nuraini / Cik Nurul di talian 04-2620202 atau En.Azizan Ismail (04-2630042) untuk keterangan lanjut.

Tuesday, August 9, 2011

Data Penglibatan Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum Tahun 2011

Kepada Semua Pen.PPD , Pegawai Kokurikulum PPD dan Semua PK Kokurikulum Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan Seluruh Negeri Pulau Pinang,
Adalah dimaklumkan bahawa BKK, KPM sedang mengemaskinikan data penglibatan murid dalam Pasukan Badan Beruniform, Kelab & Persatuan serta Kelab Sukan dan Permainan bagi tahun 2011 atas permintaan jemaah menteri dan Y.Bhg.Dato' KPPM.
Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang. Semua maklumat hendaklah dihantar dalam bentuk 'softcopy' dan 'hardcopy' mengikut turutan Sekolah ke PPD masing-masing.
Sila patuhi tarikh penghantaran mengikut turutan berikut:-
1. Sekolah ke PPD (up Kokurikulum) pada atau sebelum 30 September 2011 (Jumaat).
2. data dari PPD ke JPN (up Unit Kokurikulum) pada atau sebelum 15 Oktober 2011.
3. data dari JPN ke Bahagian Kokurikulum & Kesenian, KPM pada atau sebelum 31 Oktober 2011.
Sebarang kemusykilan, sila hubungi Hj.Azman Lot di talian 04-2630042 / 019-4100002. Kerjasama tuan amatlah diharapkan dan dihargai. Sekian, terima kasih.

Tuesday, June 28, 2011

PEMATUHAN KEPADA SEMUA SURAT PEKELILING, SURAT SIARAN DAN BUKU PANDUAN YANG SEDANG BERKUATKUASA DALAM MELAKSANAKAN KEGIATAN KOKURIKULUM

Semua pihak harus menitikberatkan aspek keselamatan dan kebajikan murid-murid ketika melaksanakan kegiatan kokurikulum dengan memastikan segala peraturan dan garis panduan pelaksanaan kegiatan kokurikulum dipatuhi. Sebarang kegagalan dalam mematuhi peraturan tersebut akan mengundang kejadian yang tidak diingini dan ini perlu dielakkan. Surat Pemberitahuan daripada Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran , Ruj.Fail: KP.BKK.200 Jld.2(77) bertarikh 23 Mei 2011 dapat dimuat turun di sini.

PEKELILING IKHTISAS KOKURIKULUM BILANGAN 2 TAHUN 2011

PENUBUHAN PERSATUAN AGAMA BUKAN ISLAM DI SEKOLAH-SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN.
SPI BIL.2/2011 ini membatalkan SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.20/2000 (PANDUAN PENUBUHAN PERSATUAN AGAMA BUKAN ISLAM DI SEKOLAH-SEKOLAH) bertarikh 16 Disember 2000.

Wednesday, June 15, 2011

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2011

Kepada semua Pengetua, Guru Besar dan PPD Negeri Pulau Pinang, Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2011 akan diadakan di Sarawak pada bulan November 2011. Kerjasama tuan dipohon untuk mencalonkan mereka yang layak untuk menerima anugerah ini dengan mengisi borang yang berkaitan. Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang serta Panduan mengikut kategori berkaitan. Semua borang yang lengkap perlu sampai ke PPD masing-masing (u/p: Pegawai Kokurikulum) pada atau sebelum 1 Ogos 2011 bagi membeolehkan pihak PPD mengambil tindakan selanjutnya. Semua borang yang dihantar hendaklah disertakan bersama bukti sesuatu pencapaian atau penglibatan dalam bentuk salinan sijil atau surat yang telah diperolehi bagi memudahkan pihak panel membuat penilaian. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ketua Unit Kokurikulum atau pun pegawai di jabatan ini; Hj.Azman Lot di talian 04-2630042.

Monday, May 9, 2011

PERMOHONAN SECARA ONLINE KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI 2012

Unit Pengurusan Sekolah Seni, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK), KPM dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM sedang melaksanakan 'e-SSeM' sistem permohonan secara online ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia (SSeM) untuk Sesi Persekolahan 2012. Permohonan dibuka dari 9 Mei 2011 hingga 27 Jun 2011. Sila klik di bawah ini untuk mendapatkan :-
1. Panduan Mengisi Permohonan Secara Online.
2. Borang Permohonan ke SSeM.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi En.Mohd Hasli bin Mat Hasan, Unit Kokurikulum JPN di talian 012-4288557 / 04-2630042.

Friday, May 6, 2011

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU 1M1S

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian , KPM selaku Jawatankuasa Pertandingan Mencipta Lagu 1M1S (1 Murid 1 Sukan) menjemput semua pegawai/pensyarah/guru/pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan ini. Sila klik di sini untuk mendapatkan Syarat-syarat serta Borang Pertandingan. Tarikh tutup penyertaan: 23 Mei 2011.
PENDIDIKAN P.PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA