Friday, February 11, 2011

BENGKEL INKUIRI GURU 2011 ANJURAN PETROSAINS SDN BHD

Petrosains Sdn Bhd akan menganjurkan Bengkel Inkuiri Guru 2011 bagi guru-guru sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang. Bengkel yang akan diadakan pada 1 dan 3 Mac 2011 di Safira Club, Seberang Jaya ini berkisar kepada kaedah pembelajaran secara inkuiri. Modul latihan adalah berdasarkan modul yang diperoleh daripada Exploratium, San Francisco dan dikendalikan oleh penyampai yang terlatih.
Tempat yang disediakan adalah terhad dan guru-guru yang berminat dipohon untuk melengkapkan borang yang dilampirkan (sila klik). Borang yang telah dilengkapkan perlu difaks ke pihak urusetia sebelum 22 Februari 2011 melalui talian 03-2331 1212.
Sebarang pertanyaan, tuan boleh menghubungi Pegawai Petrosains, En Mohd Shafiq (017-3355 313) atau Penolong Pengarah Kokurikulum, En Shamsir Jemain (04-263 0042 samb 117 / 012-428 7811).

Sunday, December 19, 2010

PENILAIAN MARKAH KOKURKULUM KEMASUKAN KE IPTA 2011

Perhatian untuk semua Guru Penolong Kanan Kokurikulum SM: Kemasukan Markah Kokurikulum ke dalam Aplikasi Penilaian 10% Markah Kokurikulum Kemasukan ke IPTA 2011 boleh dibuat mulai 15 Disember 2010 hingga 15 Januari 2011. Sila layari Aplikasi [rujuk Manual Pengguna (klik di sini)] dan Surat Siaran KPM bertarikh 1 Disember 2010 (sila klik di sini). Tuan/Puan boleh memuat turun Contoh Pengiraan dan Perkara Berbangkit 2010 di ruangan Muat Turun. Sekian, terima kasih.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Hj.Azman Lot di talian 019-4100002 / 04-2630042 atau En.Abdul Said bin Hussain di talian 019-4568383.

Tuesday, September 7, 2010

Data Peruntukan Kokurikulum Bagi Tahun 2010

KPM sedang mengemaskini data peruntukan kokurikulum yang diberikan ke sekolah dan negeri. Pengumpulan data mengikut proses seperti berikut:-
1. Laporan dari sekolah ke PPD - 31 Oktober 2010
2. Laporan dari PPD ke JPN - 30 November 2010
3. Laporan dari negeri ke BSSK, KPM - 21 Disember 2010
Mohon PK Koku akur dengan tarikh ini. Sebarang kemusykilan sila hubungi Hj.Azman Lot di talian 04-2630042.

Monday, July 19, 2010

ANUGERAH KOKURIKULUM 2010

Permohonan bagi Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan pelbagai kategori bagi tahun 2010 sedang dibuka sekarang. Pencalonan terbuka kepada warga pendidikan dan sekolah seluruh Pulau Pinang. Borang dan Panduan Pencalonan boleh dimuat turun di sini. Sila lengkapkan borang mengikut kategori dan hantar ke PPD masing-masing (u/p: Pegawai Kokurikulum) sebelum 5 Ogos 2010. Hubungi En.Azman Lot atau En.Mohd Jamil Othman; Ketua Unit Kokurikulum JPN di talian 04-2630042 untuk keterangan lanjut.

Tuesday, June 22, 2010

Pertandingan Inovasi Peringkat Negeri 2010: Piala Pengarah Pelajaran Pulau Pinang

Terbuka kepada semua pelajar SMK/SMKA/SMJK/SABK/SK/SJKC/SJKT Pulau Pinang. Borang Penyertaan dan Huraian Projek perlu dikembalikan sebelum 10 Julai 2010 kepada En.Shamsir Jemain melalui emel : sham_7811@yahoo.com seperti tertera dalam Syarat dan Borang Penyertaan (sila klik).

Friday, May 21, 2010

Pengambilan Jurulatih Seni Gred 29 - 44

Hebahan pengambilan Pegawai Perkhidmatan Awam untuk berkhidmat sebagai Jurulatih Seni Gred 29 -44 (Jawatan Terbuka) di Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru, Johor dan Sekolah Seni Malaysia Kuching, Sarawak mulai Julai 2010 hingg 2011.
Borang lengkap (Borang Permohonan, Lampiran L, L1 dan Surat Setuju Terima Perlantikan) hendaklah diserahkan ke Unit Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, JPN. Sila klik sini untuk mendapatkan borang.

Monday, May 10, 2010

Pertandingan Kokurikulum Muzik Sekolah-sekolah Pulau Pinang

Tuan/Puan,
Sila muatturun maklumat dan syarat-syarat Pertandingan Kokurikulum Muzik bagi tahun 2010.
PENDIDIKAN P.PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA