Tuesday, August 6, 2013

KUTIPAN DATA PERUNTUKAN & DATA KEHADIRAN MURID AKTIVITI KOKURIKULUM 2013

Kepada Pegawai Kokurikulum PPD dan PK Koku Sekolah-sekolah Pulau Pinang,
Bahagian Kokurikulum & Kesenian, KPM akan mengemaskini data peruntukan kewangan dan data kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum di sekolah bagi tahun 2013. Sehubungan itu, tuan diminta membantu untuk mengumpul data bagi melicinkan proses pelaporan kepada KPPM. Tarikh akhir kutipan adalah mengikut turutan berikut:-
1. Laporan dari Sekolah ke PPD sebelum 31 Oktober 2013.
2. Laporan dari PPD ke JPN sebelum 30 November 2013.
Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Data Kokurikulum tersebut untuk Sekolah dan Borang Data Kokurikulum untuk PPD. Sebarang pertanyaan sila hubungi Hj.Azman Lot di talian 04-5757640 atau pegawai-pegawai kokurikulum daerah masing-masing. Sila patuhi tarikh ini. Terima kasih. 
PENDIDIKAN P.PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA