Thursday, October 25, 2012

PENILAIAN 10% MARKAH KOKURIKULUM KE IPTA 2013/14

Kepada semua Penolong Kanan Kokurikulum SM Pulau Pinang; adalah dimaklumkan bahawa kemasukan markah penilaian kokurikulum calon-calon SPM, STAM dan STPM 2012 ke Bahagian Pengurusan Maklumat KPM secara online bermula 17 Disember 2012 dan tarikh akhir serahan ialah pada 31 Januari 2013. Pastikan markah CGPA selama 5 tahun (2008-2012) bagi calon SPM dan markah CGPA selama 3 tahun (2010-2012) bagi calon STAM/STPM telah diambil kira sebagai syarat kemasukan ke IPTA 2013/2014. Semua permohonan perubahan markah selepas tarikh 31 Januari 2013 hanya boleh dikemukakan oleh Pengetua kepada Pengarah JPN dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian KPM untuk dipertimbangkan. Sebarang perubahan selepas keputusan rasmi SPM, STAM dan STPM tidak akan dipertimbangkan. Sila klik di sini untuk ke Aplikasi Markah Koku 10%.
Klik di sini untuk mendapatkan Surat Siaran KPM Bil.30/2012, Lampiran 1.1 dan 1.2 (contoh pengiraan CGPA) , Lampiran 2: Perkara Berbangkit dan juga Lampiran 3: Carta Gantt untuk rujukan dan tindakan tuan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Kokurikulum JPN P.Pinang di talian 04-5757640 (Hj. Azman Lot).

Monday, October 1, 2012

Pertandingan Pancaragam & Recoder Ensemble SM & SR Peringkat Negeri 2012

Syarat & Borang Pertandingan Pancaragam & Recorder Ensemble Sekolah Menengah & Rendah P.Pinang (sila klik mengikut tajuk di bawah):
1. Pancaragam SR -  31 Okt 2012 (2pm-5pm) - SK Pokok Sena, Kepala Batas
2. Pancaragam SM - 19 November 2012 (2pm-5pm) - Dewan Sri Pinang
3. Recorder Ensemble SR/SM - 24 Okt 2012 (2pm-5pm) - Auditorium A, KOMTAR

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Mohd Haswani bin Hassan di talian 016-4854144. / Encik Azizan Ismail , Unit Kokurikulum JPN di talian 014-3466650 / 04-5757640.

Thursday, July 12, 2012

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

Perayaan Bulan Kemerdekaan akan disambut mulai 17 Julai 2012 hingga 16 September 2012 di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah.
Sila klik di sini untuk mendapatkan Kertas Panduan Pelaksanaan Kempen Kibar Jalur Gemilang dan aktiviti berkaitan sempena sambutan perayaan Bulan Kemerdekaan .  Tindakan Pelaporan Aktiviti dari sekolah adalah pada 17 Sept - 21 Sept 2012.
SILA KLIK DI SINI UNTUK MENDAPATKAN FORMAT LAPORAN. LAPORAN PERLU DIHANTAR KE PPD MASING-MASING. Sebarang kemusykilan, sila hubungi Ketua Unit Kokurikulum di talian 04-5757640.

Monday, May 28, 2012

DATA PERUNTUKAN KOKURIKULUM 2012

BKK,KPM sedang mengemaskinikan data peruntukan kokurikulum yang diberikan ke semua sekolah dan negeri bagi tahun 2012. Bagi tujuan penyelarasan pungutan data peruntukan kokurikulum ini, kerjasama PK Kokurikulum dipohon untuk menghantar data tersebut berpandukan tarikh dan arahan KPM iaitu :
Laporan dari sekolah ke PPD sebelum 15 November 2012.  
Maklumat boleh didapati di sini (sila klik).  [sila save File sebagai Excel, terima kasih]
Bayaran Tambahan Persekolahan (BTP) telah dimansuhkan. Rujuk SPI Bil.11/2011 (klik di sini)di mana BTP dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Namun hanya pelaporan Jenis Bayaran Kokurikulum (lampiran A pada SPI tersebut) Sekolah Rendah sebanyak RM3 sementara Sekolah Menengah sebanyak RM6 sahaja perlu juga ada dalam laporan pihak sekolah kepada PPD seperti terdapat dalam maklumat file excel di atas.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai kokurikulum daerah masing-masing atau Haji Azman Lot, JPN di talian 04-5757640 atau 019-4100002. 

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM KEBANGSAAN 2012

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM akan mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan pada bulan November 2012 bertempat di Johor. Anugerah ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid, guru, pentadbir sekolah dan Pusat Kokurikulum yang cemerlang dalam kegiatan kokurikulum dalam tahun yang dinilai. Borang dan maklumat boleh didapati di sini. (sila klik). atau layari http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2628
Penolong Kanan Kokurikulum SM/SK mohon memastikan borang yang lengkap dikembalikan ke Unit Kokurikulum JPN sebelum atau pada 29 Jun 2012.  Sebarang kemusykilan, sila hubungi Unit Kokurikulum di talian 04-5757640 .

Thursday, March 1, 2012

DATA PENGLIBATAN PELAJAR 2012

Kepada Semua PK Koku SM/SR, mohon tindakan tuan untuk mengemaskini dan melengkapkan Borang Penglibatan Murid Dalam Kegiatan Kokurikulum bagi tahun 2012 (sila klik) dan serahkan dalam bentuk hardcopy & softcopy kepada PPD (u/p: Pegawai Kokurikulum). Mohon patuhi turutan penyerahan dan tarikh seperti berikut:-
1. Sekolah ke PPD - pada atau sebelum 15 Mac 2012.
2. PPD ke Unit Kokurikulum JPN - pada atau sebelum 15 April 2012.
PASTIKAN SEORANG MURID (tahap 2 shj bagi SR/ semua pelajar SM) HANYA ENROL SATU JENIS PENGLIBATAN BAGI SETIAP CABANG UNIT BERUNIFORM, KELAB & PERSATUAN DAN KELAB SUKAN PERMAINAN untuk mengelak terlebih jumlah enrolmen. Tuan digalakkan merujuk kepada SMM (ruangan Laporan Kokurikulum di kemudahan Papar dan Cetak) yang baru dikemaskini oleh PK HEM sekolah masing-masing untuk kemudahan penyemakan data kokurikulum sekolah. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai kokurikulum di PPD atau Hj.Azman JPN di talian 04-5757640 / 019-4100002. Terima kasih.

Tuesday, February 21, 2012

KARNIVAL KERJAYA 1 MINDEF

Kementerian Pertahanan Malaysia akan menganjurkan Karnival Kerjaya 1 Mindef Siri 4/2012
bertempat di Padang Kota Lama, P.Pinang

Tarikh/Masa: 25 Feb 2012 (Sabtu) jam 9.00am - 10.00pm
& pada 26 Februari 2012 (Ahad) jam 9.00am-5.00pm
(Masuk adalah Percuma)

Karnival ini diadakan untuk menarik perhatian rakyat mengenali lebih jelas fungsi serta tanggungjawab Angakatan Tentera Malaysia menjaga keamanan Negara. Karnival ini juga bertujuan mendedahkan para pelajar peluang-peluang kerjaya di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Harapan semoga tuan/puan dapat menghebahkan mengenai Karnival ini kepada warga sekolah agar dapat membangkitkan semangat patriotism di kalangan generasi muda.

Thursday, January 19, 2012

Taekwondo Malaysia Sebagai Wakil Tunggal WTF di Malaysia

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Sukan Negara Malaysia mengikhtiraf Taekwondo Malaysia (WTF) sebagai badan induk dan wakil tunggal World Taekwondo Federation (WTF) di Malaysia. Sehubungan itu, segala aktiviti taekwondo WTF adalah di bawah pentadbiran Taekwondo Malaysia (WTF). Sila klik di sini untuk mendapatkan surat pengesahan tersebut.

Wednesday, January 11, 2012

Taklimat Pengurusan Kokurikulum SM 2012

Taklimat Pengurusan Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Pulau Pinang:
1. Sekolah Menengah Bahagian Pulau - pada 16 Januari 2012 (Isnin) jam 1.45pm-5.00pm di Bilik Kuliah MBS, Jalan Ayer Itam, Pulau Pinang - [En.Abdul Rashid bin Shamsudin; PPDTL(019-4111123). ]
2. Sekolah Menengah sebelah Seberang Perai - pada 19 Januari 2012 (Khamis) jam 1.45pm-5.00pm di Dewan Seminar PPD Utara, Kepala Batas - [En.Zairolnizam Zakaria / En.Zulkurnain Hussain; PPDU (04-5757285).]
Sila pastikan Penolong Kanan Kokurikulum yang hadir membawa sesalinan Lampiran 1 - Markah Kokurikulum.
Sebarang kemusykilan, sila hubungi Hj.Azman Lot; Unit Kokurikulum atau pegawai-pegawai seperti nama di atas. Terima kasih.
PENDIDIKAN P.PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA