Wednesday, July 8, 2015

PERTANDINGAN KOIR SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dengan kerjasama Penang Philharmonic Society akan menganjurkan Pertandingan Koir Peringkat Negeri Pulau Pinang mengikut ketetapan berikut;

Tarikh: 9 Ogos 2015 (Ahad)
Tempat: Dewan SMJK Perempuan China, Pulau Pinang
Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang

Sekolah-sekolah dijemput untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Borang penyertaan hendaklah dilengkapkan dan diemel ke penghoonlim@gmail.com atau melissaooi72@gmail.com sebelum 16 Julai 2015. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Pn Lim Peng Hoon di talian 012-4986 126 atau Pn Ooi Swee Peng di talian 012-498 7703.

Kertas Konsep Pertandingan Koir Sekolah-sekolah Pulau Pinang
Borang Penyertaan

Friday, April 3, 2015

PAMERAN INTERNATIONAL YOUNG INVENTORS OLYMPIAD (MIYIO) 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) akan mengelolakan Pameran International Young Inventors Olympiad (MIYIO) 2015.
Sehubungan itu, jasa baik tuan dipohon untuk menghebahkan maklumat serta menggalakkan lawatan murid-murid di sekolah tuan ke pameran tersebut; 

Tarikh:           4 April 2015 (Sabtu)
Tempat:         PERDA City Mall, Bukit Mertajam
Masa:             10.00 pagi hingga 10.00 malam
                                   
Sekolah-sekolah yang akan mengadakan lawatan dipohon untuk menguruskan sendiri pengerakan guru dan murid ke karnival tersebut. Prosedur keselamatan dan lawatan pendidikan murid sekolah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas 12/2000 hendaklah sentiasa diberi keutamaan dan dipatuhi.


Tuesday, February 3, 2015

Pengumpulan Data Penglibatan Murid Dalam Aktiviti Kokurikulum Tahun 2015

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengemaskinikan data penglibatan dalam Pasukan Beruniform serta Kelab/Persatuan yang terdapat di sekolah-sekolah Malaysia seluruh Malaysia pada tahun 2015. Kerjasama tuan untuk memastikan keesahan data yang dikumpulkan sebelum dianalisa oleh PPD dan JPN. Sila muatturun borang berikut untuk tindakan tuan/puan. Sebarang pertanyaan sila hubungi En Mohd Hafife Abdul Halim (017-663 5054)


Sunday, January 18, 2015

Pencalonan Unesco Avicenna Prize For Ethics In Science 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa United Nations, Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) sedang membuka pencalonan Anugerah Avicenna for Ethics in Science 2015. Pencalonan ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada individu-individu, agensi atau institusi yang menjalankan aktiviti-aktiviti membudayakan etika dalam sains dan teknologi. Pencalonan perlu dikemukakan sebelum 23 Januari 2015 ke alamat;
Setiausaha Bahagian,
Bahagian Bioteknologi Kebangsaan (Biotek),
Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI),
Aras 4m Blok C4, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62662 PUTRAJAYA
(u.p: Sekretariat Majlis Bioetika Negara)
Maklumat lanjut dan Borang Pencalonan 

Thursday, January 1, 2015

PENILAIAN 10% MARKAH KOKURIKULUM SEBAGAI SYARAT KEMASUKAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) SESI 2015/16 BAGI CALON-CALOM SPM/STPM/STAM

Kepada semua Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Pulau Pinang;
Adalah dimaklumkan bahawa kemasukan markah penilaian kokurikulum calon-calon SPM, STPM dan STAM 2014 ke Bahagian Pengurusan Maklumat KPM secara online bermula 15 Disember 2014 dan tarikh akhir serahan ialah pada 31 Januari 2015. Pastikan markah CGPA selama 5 tahun (2010-2014) bagi calon SPM dan markah CGPA selama 3 tahun (2012-2014) bagi calon STPM/STAM telah diambil kira sebagai syarat kemasukan ke IPTA 2015/2016. Semua permohonan perubahan markah selepas tarikh 31 Januari 2015 hanya boleh dikemukakan oleh Pengetua kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian KPM melalui Pengarah JPN Pulau Pinang untuk dipertimbangkan. Sebarang pembetulan dan perubahan selepas keputusan rasmi SPM, STPM dan STAM tidak akan dipertimbangkan. Sila klik di sini untuk ke Aplikasi Markah Koku 10%.
Klik di sini untuk mendapatkan; 
Surat Siaran KPM Bil.32/2014
Isu-isu Pentaksiran Markah Koku
Carta Gantt
Contoh Pengiraan
Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Shamsir Jemain, Unit Kokurikulum JPN P.Pinang di talian 04-657 5500 atau 012-428 7811

Monday, November 3, 2014

PENGURUSAN OPERASI SPS - PAJSK

Perhatian kepada semua Sekolah Menengah Pulau Pinang,

Disertakan SOP SPS - PAJSK sebagai panduan yang telah disediakan oleh
Jawatankuasa Pelaksanaan PBS - PAJSK,
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Sila klik SOP SPS - PAJSK

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER KESELAMATAN PERINGKAT KEBANGSAAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia akan mengadakan Pertandingan Melukis Poster Keselamatan Peringkat Kebangsaan berdasarkan slogan tertentu. Pertandingan ini terbuka kepada warga Pengakap dari seluruh negara yang berdaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun 2014.
Semua hasil karya hendaklah dihantar SEBELUM 30 November 2014 ke;
Sekretariat Pertandingan Melukis Poster Keselamatan
Peringkat Kebangsaan PPM 2014,
d/a Persekutuan Pengakap Malaysia,
Rumah B-P, Jalan Hang Jebat,
50150 Kuala Lumpur

Empat Kategori yang akan dipertandingkan ialah;
1. Kategori A (Pemimpin/Pengakap Kelana)
2. Kategori B (Pengakap Remaja)
3. Kategori C (Pengakap Muda)
4. Kategori D (Pengakap Kanak-kanak)

Sila Klik Untuk Maklumat Lengkap Pertandingan
PENDIDIKAN P.PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA