Monday, May 28, 2012

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM KEBANGSAAN 2012

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM akan mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan pada bulan November 2012 bertempat di Johor. Anugerah ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid, guru, pentadbir sekolah dan Pusat Kokurikulum yang cemerlang dalam kegiatan kokurikulum dalam tahun yang dinilai. Borang dan maklumat boleh didapati di sini. (sila klik). atau layari http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2628
Penolong Kanan Kokurikulum SM/SK mohon memastikan borang yang lengkap dikembalikan ke Unit Kokurikulum JPN sebelum atau pada 29 Jun 2012.  Sebarang kemusykilan, sila hubungi Unit Kokurikulum di talian 04-5757640 .
PENDIDIKAN P.PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA