Thursday, December 19, 2013

Penilaian 10& Markah Kokurikulum Sebagai Syarat Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Sesi 2014/2015 Bagi Calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2013

Semua Penolong Kanan Sekolah Menengah Pulau Pinang

Adalah dimaklumkan bahawa kemasukan markah penilaian kokurikulum calon-calon SPM, STPM dan STAM 2013 ke Bahagian Pengurusan Maklumat KPM secara online bermula 20 Disember 2013 dan tarikh akhir serahan ialah pada 31 Januari 2014. 

Pastikan markah CGPA selama 5 tahun (2009 hingga 2013) bagi calon SPM dan markah CGPA selama 3 tahun (2011 hingga 2013) bagi calon STPM dan STAM telah diambilkira sebagai syarat kemasukan ke IPTA 2014/2015. 

Semua permohonan perubahan markah selepas tarikh 31 Januari 2014 hanya boleh dikemukakan oleh Pengetua kepada Pengarah JPN dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian untuk dipertimbangkan.

Sebarang perubahan selepas keputusan rasmi SPM, STPM dan STAM tidak akan dipertimbangkan.

Aplikasi Markah Kokurikulum 10%
Surat Siaran KPM Jld 3 (13)
Lampiran 1.1 (Contoh Pengiraan CGPA)
Lampiran 2 (Isu/Perkara Berbangkit)
Lampiran 3 (Carta Gantt)


PENDIDIKAN P.PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA