Thursday, October 25, 2012

PENILAIAN 10% MARKAH KOKURIKULUM KE IPTA 2013/14

Kepada semua Penolong Kanan Kokurikulum SM Pulau Pinang; adalah dimaklumkan bahawa kemasukan markah penilaian kokurikulum calon-calon SPM, STAM dan STPM 2012 ke Bahagian Pengurusan Maklumat KPM secara online bermula 17 Disember 2012 dan tarikh akhir serahan ialah pada 31 Januari 2013. Pastikan markah CGPA selama 5 tahun (2008-2012) bagi calon SPM dan markah CGPA selama 3 tahun (2010-2012) bagi calon STAM/STPM telah diambil kira sebagai syarat kemasukan ke IPTA 2013/2014. Semua permohonan perubahan markah selepas tarikh 31 Januari 2013 hanya boleh dikemukakan oleh Pengetua kepada Pengarah JPN dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian KPM untuk dipertimbangkan. Sebarang perubahan selepas keputusan rasmi SPM, STAM dan STPM tidak akan dipertimbangkan. Sila klik di sini untuk ke Aplikasi Markah Koku 10%.
Klik di sini untuk mendapatkan Surat Siaran KPM Bil.30/2012, Lampiran 1.1 dan 1.2 (contoh pengiraan CGPA) , Lampiran 2: Perkara Berbangkit dan juga Lampiran 3: Carta Gantt untuk rujukan dan tindakan tuan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Kokurikulum JPN P.Pinang di talian 04-5757640 (Hj. Azman Lot).

Monday, October 1, 2012

Pertandingan Pancaragam & Recoder Ensemble SM & SR Peringkat Negeri 2012

Syarat & Borang Pertandingan Pancaragam & Recorder Ensemble Sekolah Menengah & Rendah P.Pinang (sila klik mengikut tajuk di bawah):
1. Pancaragam SR -  31 Okt 2012 (2pm-5pm) - SK Pokok Sena, Kepala Batas
2. Pancaragam SM - 19 November 2012 (2pm-5pm) - Dewan Sri Pinang
3. Recorder Ensemble SR/SM - 24 Okt 2012 (2pm-5pm) - Auditorium A, KOMTAR

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Mohd Haswani bin Hassan di talian 016-4854144. / Encik Azizan Ismail , Unit Kokurikulum JPN di talian 014-3466650 / 04-5757640.
PENDIDIKAN P.PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA